RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sistem Raja Berperlembagaan pula
adalah suatu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan
tertinggi mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Pemerintah iaitu
Yang Di-Pertuan Agong akan dilantik oleh Raja-raja Melayu dan dibantu oleh
Perdana Menteri. Yang Di-Pertuan Agong bertindak nasihat Perdana Menteri
berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda tidak boleh bertindak sendirian
kecuali perkara yang memerlukan budi bicara baginda. Yang Di-Pertuan Agong
merupakan tonggak keagungan Malaysia dan juga simbol perpaduan rakyat sejak
merdeka hingga kini. Baginda dipilih daripada kalangan 9 Raja Melayu secara
bergilir-gilir mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu: Negeri
Sembilan – Selangor – Perlis – Terengganu – Kedah – Kelantan – Pahang – Johor –
Perak. Yang Di-Pertuan Agong selain daripada memberi keseimbangan kepada raja
yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja, baginda juga membantu
memantapkan kewibawaan institusi beraja di Malaysia.
Malaysia telah memilih
mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dengan Raja
Berperlembagaan. Maka Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara[2] Malaysia. Selain itu,
Malaysia juga merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan
sistem Persekutuan. Ini bermakna, semua negeri yang terdapat di Malaysia telah
bersetujui dengan konsep penubuhan negara Malaysia. Dan setiap negeri yang
terbabit akan menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti pertahanan,
pelajaran, kewangan dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di
dalam Perlembagaan Malaysia (ditadbir oleh Kerajaan Pusat). Ia telah tercatat
ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan
kuasa.
Perlembagaan negara kami telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem Demokrasi
Berparlimen. Pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan
adalah salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen. Tiga bahagian tersebut
iaitu Badan Pemerintah (Eksekutif), Badan Perundangan (Legislatif) dan Badan
Kehakiman (Judsiari). Kuasa, bidang tugas dan peranan bagi ketiga-tiga
badan ini adalah berrlainan. Namun begitu, Badan Pemerintah dan Badan
Perundangan saling berkait antara satu sama lain, ini disebabkan negara kami
Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Pemerintah adalah
juga ahli-ahli Badan Perundangan. Bagi menjamin keadilan di negara Malaysia,
Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan yang berasingan dan bebas dari
politik.
Berikut adalah cara operasi
ketiga-tig Badan yang utama di Malaysia, dan marilah kita bersama-sama mengkaji
dan melihat dengan lebih terperinci lagi bagaimanakah Badan Pemerintah dan
Badan Perundangan saling berkait antara satu sama lain, dengan Raja
Berperlembagaan pula, setinggi atau sepenting manakah Yang Di-pertuan Agong
memainkan peranannya.
Badan Pemerintah (Eksekutif)
Badan Pemerintah terdiri daripada
Jemaah Menteri atau kabinet yang merupakan Badan pelaksana dasar kerajaan. Ia
merupakan juga badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif
mengikut undang-undang dan Perlembagaan, badan ini tidak boleh mengubal
undang-undang dan urusan penghakiman. Kuasa memerintah negara Malaysia adalah
terletak pada Yang Di-pertuan Agong mengikut Perkara 39, Perlembagaan
Persekutuan. Kuasa tersebut tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
persekutuan, dan mengikut peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan
oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah
Menteri. Tetapi dengan undang-undang, Parlimen boleh juga memberi tugas-tugas
pemerintah kepada orang lain.
Apabila bertembung dengan situasi
Yang Di-pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak
berada dalam negara Malaysia lebih daripada 15 hari, atau kerana sebab-sebab
lain, maka Timbalan Yang Di-pertuan Agong selaku Timbalan Ketua Utama Negara
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang Di-pertuan Agong.
Kuasa eksekutif terbahagi pula
kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan
Persekutuan hanya bertumpu kepada Senarai Persekutuan, manakala bidang kuasa
kerajaan Negeri pula terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Kedua-dua peringkat kerajaan ini bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan
pentadbiran dan pemerintahan. Mereka tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal
ehwal Perundangan dan juga Kehakiman.
Seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan, badan ini terdapat penjawat-penjawat yang tertentu di kedua-dua
peringkat kerajaan. Mereka berperanan melaksanakan undang-undang yang telah
diluluskan oleh Badan Perundangan. Jemaah Menteri (Kabinet) adalah Badan Pemerintah
di peringkat Persekutuan, Badan Pemerintah di peringkat Negeri pula dikenali
sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Yang Di-pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang
Di-pertuan Agong yang mengetuai tiga Badan Kerajaan utama iaitu Badan
Pemerintahan, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman. Jawatan ini telah wujud
sejak tahun 1957. Baginda merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan
mengatasi semua orang dalam Malaysia, dan dalam apa-apa juga perbicaraan
dalam mana-mana mahkamah tidak boleh dikenakan dakwaan. Raja Permaisuri Agong
iaitu isteri Yang Di-pertuan Agong mempunyai keutamaan selepas Yang Di-pertuan
Agong. Yang Di-pertuan Agong menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat bagi
negara Malaysia.
Majlis Raja-raja akan
mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga, Perlembagaan
Persekutuan, untuk memilih Yang Di-pertuan Agong. Baginda akan memegang jawatan
sebagai Yang Di-pertuan Agong selama 5 tahun, kecuali baginda meletak jawatan
atau dilucutkan jawatannya oleh Majlis Raja-raja. Yang Di-pertuan Agong dipilh
daripada 9 buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir selama 5 tahun.
Kuasa pemeritah yang dipegang sebagai Ketua Negara, Yang Di-pertuan Agong
mempunyai kuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Baginda akan
mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri semasa melaksanakan tugas. Terdapat
tiga perkara yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicara Yang Di-pertuan Agong
sendiri, iaitu meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran atau kehormatan Raja-raja,
melantik Perdana Menteri, dan tidak mempersetujui pembubaran Parlimen. Adalah
tanggungjawab Yang Di-pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 153, Perlembagaan
Persekutuan. Yang Di-pertuan Agong berperanan menentukan rizab orang Melayu dan
bumiputera, biasiswa, bantuan istimewaan pendidikan atau latihan, jawatan
perkhidmatan, kadar permit atau lesen, dan juga mengisytiharkan darurat.
Selain itu, baginda mempunyai juga kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang
dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan, dan kesalahan-kesalahan tertentu di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda juga adalah Ketua Agama
bagi negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah
dan Sarawak. Yang Di-pertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Angkatan
Bersenjata. Maka, baginda berkuasa menangguh atau mengampunkan sesuatu hukuman
terhadap sesuatu kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. Yang
Di-pertuan Agong mempunyai kuasa lantik dan melucut jawatan Jemaah Menteri dan
Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Pada teorinya, Yang Di-pertuan Agong diberi kuasa eksekutif oleh Perlembagaan
Persekutuan, tetapi sebenarnya, kuasa eksekutif dijalankan oleh Jemaah Menteri
dan kakitangan Perkhidmatan Awam. Sekiranya baginda melakukan sesuatu kesalahan
semasa menjalankan tugas rasmi, pihak yang terkilan boleh mendakwa Kerajaan
Persekutuan (sebagai defeden). Ini bermakna Yang Di-pertuan Agong tidak
mempunyai imuniti yang mutlak di sisi undang-undang. Ini menunjukkan setiap
warganegara adalah tertakluk kepada undang-undang dan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen memelihara keadilan.
No comments:
Post a Comment