Badan
Perundangan (Legislatif)
Badan ini hanya
berfungsi mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan
rakyat, dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak
boleh mempunyai kuasa lain. Selain daripada mempunyai kuasa mengubal
undang-undang Negara, Badan ini juga mempunyai kuasa mengubal undang-undang
dalam negerinya. Terdapat tiga jenis undang-undang, undang-undang yang dibuat
oleh Parlimen adalah Akta, undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
pula adalah Enakmen, bagi undang-undang yang dibuat oleh kerajaan Sarawak
adalah Ordinan.
Badan
Perundangan boleh juga dikenali sebagai Parlimen Malaysia, ia terdiri daripada
Yang Di-pertuan Agong dan dua Dewan yang dikenali sebagai Dewan Negara dan juga
Dewan Rakyat. Kewangan kerajaan juga dikawal oleh Parlimen, hanya dengan kuat
kuasa daripada Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang
persekutuan, barulah cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikan.
Setelah semua hasil yang diperoleh dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Persekutuan Yang Disatukan, perlukan lagi kuasa Parlimen supaya wang tersebut
boleh dibelanjakan.
Dari segi teori
pengasingan kuasa tidak terdapat pertindihan kepentingan atau kuasa antara
Badan-badan utama ini, tetapi dalam kontek Malaysia yang mengamalkan sistem
pemerintahan yang unik ini terdapat sedikit kelainan. Kelain ini termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengizinkan Badan Pemerintah (Jemaah
Menteri) bagi mengubal, meminda dan meluluskan undang-undang di atas nama
Parlimen. Ini bermakna kuasa mengubal undang-undang menurut Perlembagaan telah
diamanahkan kepada Badan Pemerintah. Namun begitu, undang-undang yang siap
digubal tidak boleh dikuatkuasakan sehingga Yang Di-pertuan Agong
memperkenankan dan bagi satu tempoh yang tertentu.
Badan Pemerintah (Eksekutif)
Badan Pemerintah terdiri daripada
Jemaah Menteri atau kabinet yang merupakan Badan pelaksana dasar kerajaan. Ia
merupakan juga badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif
mengikut undang-undang dan Perlembagaan, badan ini tidak boleh mengubal
undang-undang dan urusan penghakiman. Kuasa memerintah negara Malaysia adalah
terletak pada Yang Di-pertuan Agong mengikut Perkara 39, Perlembagaan
Persekutuan. Kuasa tersebut tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
persekutuan, dan mengikut peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan
oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah
Menteri. Tetapi dengan undang-undang, Parlimen boleh juga memberi tugas-tugas
pemerintah kepada orang lain.
Apabila bertembung dengan situasi
Yang Di-pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak
berada dalam negara Malaysia lebih daripada 15 hari, atau kerana sebab-sebab
lain, maka Timbalan Yang Di-pertuan Agong selaku Timbalan Ketua Utama Negara
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang Di-pertuan Agong.
Kuasa eksekutif terbahagi pula
kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan
Persekutuan hanya bertumpu kepada Senarai Persekutuan, manakala bidang kuasa
kerajaan Negeri pula terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Kedua-dua peringkat kerajaan ini bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan
pentadbiran dan pemerintahan. Mereka tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal
ehwal Perundangan dan juga Kehakiman.
Seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan, badan ini terdapat penjawat-penjawat yang tertentu di kedua-dua
peringkat kerajaan. Mereka berperanan melaksanakan undang-undang yang telah
diluluskan oleh Badan Perundangan. Jemaah Menteri (Kabinet) adalah Badan Pemerintah
di peringkat Persekutuan, Badan Pemerintah di peringkat Negeri pula dikenali
sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment