Monday, 22 February 2016































Tugas Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar

melantik Menteri Besar berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeribertindak diatas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerimenjalankan tugas Ketua Agama Negeri mengikut nasihat Majlis Agama Negerimerasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Rajamemanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negerimemperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 haripindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agongapabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasamelantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malayamelantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negerimempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegeri bagindaberkuasa untuk mengampun anak raja dan permaisuri negeri lain
Sekatan Terhadap Kuasa Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
tidak boleh mengampuni diri sendiri, anak-anak sendiri dan permaisuri sendiriboleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja atas sifat peribadi dalam kes jenayah siviluntuk kes jenayah, apabila dibuat dakwaan oleh Jabatan Peguam Negeri, baginda perlu turun takhta kerajaan kita perbicaraan berlangsungsekiranya dipenjara sehari atau lebih baginda perlu turun takhtaapabila disabitkan kesalahan jenayah, baginda hanya boleh diampuni oleh Majlis Raja-Rajatidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatantidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politik

Yang Di Pertua Negeri

dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong mengikut nasihat Perdana Mentericadangan calon dikemukakan kepada Perdana Menteri oleh Kerajaan Negeritempoh penggal berkhidmat adalah 4 tahun dan boleh disambung lantikansaraan ditanggung Kumpulan Wang yang Disatukan (RM135,000 setahun)

Tugas Yang Di Pertua Negeri
melantik Ketua Menteri berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeribertindak diatas nasihat Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerimerasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Rajamemanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negerimemperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 haripindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agongapabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasamelantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya / Sabah dan Sarawakmelantik Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negerimempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegerimenganugerah darjah bintang-bintang

Sekatan Terhadap Kuasa Yang Di Pertua Negeri
tidak boleh mengundi dalam Majlis Raja-Rajaboleh didakwa di Mahkamah Awam atas sifat peribadi dan rasmitidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatantidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politikseorang warganegara melalui kuatkuasa undang-undangboleh dipecat oleh Yang di Pertuan Agong setelah satu resolusi pemecatannya diluluskan dengan majorit 2/3 Dewan Undangan

Komponen Dewan Undangan Negeri
terdapat 13 DUN di Malaysia kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajayaterdiri dari dua komponen iaitu Sultan/Raja/YDPB/YDPN dan DUN
DUN mempunyai keistimewaan tersendiri seperti apa-apa prosiding tidak boleh dipersoalkan dimahkamah, ahli DUN tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakan dan pengundian yang dibuat didalam DUN dan sesorang tidak boleh didakwa jika menyiarkan persidangan DUN
Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
berumur 21 tahun atau lebihbermastautin dinegeri berkenaansempurna akalbukan seorang muflistidak memegang jawatan berpendapatanmenang dalam pilihanraya kawasan DUN
Ahli DUN hanya berhak menyentuh perkara di bawah Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan

Seseorang ahli DUN boleh meneruskan profesion asal beliau tetapi tidak boleh jika dilantik menjadi Speaker DUN atau ahli EXCO negeri

Pelucutan Jawatan ADUN
apabila sesorang ADUN mengosongkan kerusinya , beliau dilarang bertanding dikawasan berkenaan selama 5 tahun
boleh dilucutkan jawatan atas sebab-sebab gagal menghantar penyata-penyata akaun perbelanjaan kempen pilihanraya kepada SPR dalam masa 31 hari keputusan pilihanraya di wartakan
dihukum penjara di Malaysia melibihi 1 tahun atau didenda melebihi RM 2,000 oleh mahkamah di Malaysia dan tidak diampuni
memperolehi kewarganegaraan asing (mempunyai hak mengundi di negara asing)

Ketua Menteri/Menteri Besar
ketua eksekutif Kerajaan Negerimelaksanakan kuasa ketua eksekutif negeri mesti menang dalam pilihanraya Undangan Negerimendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri dan dilantik oleh Yang Di Pertua Negeri/Raja/Sultanmengetuai Majlis Mesyuarat Negerimengetuai Jentera Pentadbiran Negerimengiringi Raja/Sultan/YDP ke mesyuarat Majlis Raja-Rajamemaklumkan kepada Raja/Sultan/YDP tentang dasar dan hal ehwal dalam negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan
menyerupai kabinet kerajaan Persekutuan, dipanggil kabinet di Sabah, Majlis Tertinggi di Sarawakmengandungi 4 hinga 12 EXCO di Sabah dan Sarawak dipanggil Menteripembentuk dasar negeri yang tertinggi dan badan pemerintahahli majlis tidak boleh menjalankan pekerjaan/profesion asal merekamengandungi 3 ahli pegawai kerajaan (ex-officio) SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undangketiga-tiga pegawai boleh mengambil prosiding didalam DUN tetapi tidak berhak untuk mengundidi Sabah dan Sarawak , ketiga-tiga pegawai tidak berhak menghadiri sidang DUN

Tugas-tugas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
bertanggungjawab kepada DUNmembuat dasar-dasar kerajaan negerimentadbir kerajaan negerimenggubal undang-undangmenguruskan hal rizab orang Melayu, permit dan lesen perlombonganpindah milik tanahharta karun yang dijumpaimengeluarkan lesen membalak dan konsesi balakbertanggungjawab kepada perkhdimatan pasar, lesen hiburan, melaksanakan projek perumahan,menyediakan tanah perkuburan,menyediakan kemudahan jalan, menyediakan bekalan air,mengeluarkan lesen menangkap ikan di sungai, menjalankan pentadbiran perbandaran
g Di-pertuan Agong

Dalam Badan Perundangan, Yang Di-pertuan Agong berada di kemuncak badan, akan tetapi, baginda tiidak terlibat dalam mengubal undang-undang. Tugas pengubalan undang-undang terletak di tangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Seperti yang diperuntukan dalam Perkara 55, tugas Yang Di-pertuan Agong hanyalah memanggil Parlimen untuk bersidang, menamatkan penggal Parlimen, dan membubarkan Parlimen.Yang Di-pertuan Agong tidak mempengerusikan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tetapi baginda hanyalah menyampaikan titah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen, dan jug memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen atau kedua-dua majlis Parlimen bersama-sama.

Dewan Negara

Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara, ia berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terterinci. Perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum juga akan dibincang dalam Dewan Negara. Menurut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di-pertuan Agong untuk diperkenankan. Dewan Negara hanya boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

            Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri dengan 2 orang setiap negeri, dan 2 orang ahli akan dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Ali yang selainnya akan dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong yang terdiri daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perusahaan, pertanian, perdagangan, perkhidmatan masyarakat, kegiatan kebudayaan atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangan atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”.

            Terlebih dahulu, seorang Yang Di-pertua Dewan dan Timbalan Yang Di-pertua Dewan akan dilantik bagi mengendalikan persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Ahli-ahli yang dilantik telah dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas, dan tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah 3 tahun. Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan tersebut bagi tempoh 3 tahun lagi, tetapi hanya 2 penggal sahaja dibenarkan bagi setiap ahli memegang jawatan tersebut. Pembubaran Parlimen tidak menjejaskan tempoh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Negara. Perrlembagaan telah memberi kuasa terhadap Parlimen bahawa Parlimen mempunyai kuasa mengubah keahlian Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan atau mengurang jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan Rakyat

Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat dalam pilihan raya umum, maka, bolehlah dikatakan Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan pendapat dan hasrat serta mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka. Dewan Rakyat merupakan komponen yang penting dalam Parlimen, ia melambangkan demokrasi kerana ia adalah dewan yang dianggotai oleh wakil rakyat yang memenangi kerusi dalam pilihan raya umum.

Yang Di-pertua dan Timbalan Yang Di-pertua dipilih oleh Dewan Rakyat. Akan tetapi, terdapat pula satu syarat dalam Perlembagaan yang membolehkan Yang Di-pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Maka, satu tambahan kepada ahli yang dipilih dan orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan. Ia bermakna jumlah keanggotaan dalam Dewan Rakyat boleh diubah melalui pindaan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat, undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta.

            Ahli Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Dewan Rakyat akan dianggotai oleh ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum setiap 5 tahun. Walau bagaimanapun, hanya Yang Di-pertuan Agong mempunyai kuasa, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut setelah memperoleh nasihat daripada Perdana Menteri. Pada masa ini, terdapat 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri Semenanjung, 31 kerusi untuk Sarawak dan 25 kerusi untuk Sabah, sementara Wilayah Persekutuan pula 11 kerusi untuuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kerusi untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan 1 kerusi untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya.

            Jika Ahli Dewan Rakyat mempunyai sabab-sebab yang terkandung dalam Perkara 48, Perlembagaan persekutuan, maka beliau akan kehilangan kelayakan sebagai anggota dewan. Sebab-sebab tersebut seperti:

a)      Tidak sempurna akal
b)      Mendapat kewarganegara negara lain
c)      Mengaku taat setia kepada negara lain
d)     Menggunakan hak-hak kewarganegara lain
e)      Muflis dan tidak dilepaskan oleh mahkamah
f)       Memegang apa-apa jawatan lain yang berpendapat
g)      Disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun atau denda tidak kurang RM 2000.00
h)      Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam masa yang telah ditetapkan apabila dilantik sebagai ejen pilhan raya Syarat tambahan yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat seperti meletak jawatan dengan kehendak sendiri, tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama 6 bulan, gagal mengangkat supah di hadapan Yang di-pertua Dewan Rakyat dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan yang pertama Dewan Rakyat.

            Yang Di-pertua Dewan Rakyat akan dibantu oleh 2 orang Timbalan Yang Di-pertua dan seorang setiausaha, beliau tidak boleh menjadi ahli lembaga pengarah atau ahli lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja atau terlibat dalam sesuatu urusan pertubuhan atau badan sama ada diperbadankan atau lain-lain pengusahaan sama ada mendapat pendapatan ataupun tidak mendapat pendapatan atau faedah daripadanya.

Proses Penggubalan Undang-undang

Proses penggubalan undang-undang dijalankan dengan teliti demi menjamin kelancaran perlaksanaan undang-undang di seluruh persekutuan. Bab 5 Acara Perundangan, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan cara dan peraturan yang tertentu bagi Parlimen membuat undang-undang.

            Pada peringkat awalnya, sesebuah kementerian perlu merangka dasar-dasar yang berkaitan dengan sesuatu Rang Undang-undang yang hendak dibentangkan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Semasa membuat rangka dasar atau Rang Undang-undang, kementerian berkenaan perlu berunding dengan Perbendaharaan, Jabatan Penguam Negara atau kementerian-kementerian lain yang ada kaitan dengan Rang Undang-undang tersebut.

            Setelah semua pihak yang berkaitan bersetujui, draf Rang Undang-undang perlu disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, draf Rang Undang-undang tersebut akan dikemukakan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan badan tersebut. Notis pemberitahuan akan dihantar oleh menteri berkenaan kepada kedua-dua majlis Parlimen setelah kelulusan daripada Kabinet. Kemudian, Rang Undang-undang tersebut akan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

            Bagi mendapatkan kelulusan daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat, pembentangan Rang Undang-undang akan dilakukan dalam kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Rang Undang-undang tersebut akan dibaca mengikut peringkat sebelum diluluskan. Dalam Bacaan Kali Pertama, Setiausaha Dewan Rakyat akan membacakan tajuk ringkas Rang Undang-undang tersebut sahaja. Bacaan Kali Kedua adalah peringkat yang sangat penting, kerana Rang Undang-undang tersebut akan dibahaskan secara mendalam oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dengan menimbangkan semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruhnya terhadap rakyat dan negara. Semua soalan dan kemuskilan yang dikemukakan oleh ahli-ahli dewan, Menteri berkenaan yang bertanggungjawab memberi jawapan dan penjelasan.

            Perbincangan secara terperinci Rang Undang-undang akan dilakukan pada peringkat Jawatankuasa di Dewan Negara. Kemudiannya Bacaan Kali Ketiga akan dilakukan, Rang Undang-undang tersebut akan dikemukan semula oleh Menteri berkenaan di Dewan Rakyat untk mendapatkan kelulusan. Setelah mendapat kelulusan, Rang Undang-undang tersebut akan dibawa ke Dewan Negara untuk dibentang, dibahaskan dan diluluskan.

            Walaupun Rang Undang-undang tersebut telah mendapat kelulusan di dewan Rakyat, tetapi di Dewan Negara, Rang Undang-undang tersebut akan mengikut proses yang sama  seperti mana yang dilakukan di Dewan Rakyat iaitu Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga sebelum diluluskan. Setelah mendapat kelulusan dari kedua-dua Dewan, Rang Undang-undang tersebut masih perlukan persetujuan dari Yang Di-pertuan Agong sebelum ia diperkenankan menjadi undang-undang. Untuk memperkenankan undang-undang Yang Di-pertuan Agong akan menurunkan cop mohor Negara. Ketelitian proses adalah bertujuan memastikan supaya undang-undang yang dikuatkuasakan itu tidak merugikan mana-mana pihak, sebaliknya menjaga kepentingan rakyat dan negara.


Badan Kehakiman (Judsiari)

Badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia adalah Badan Kehakiman. Badan Kehakiman melaksanakan tugas kehakiman dan kuasanya terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Badan ini berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh pihak kerajaan ataupun orang perseorangan. Seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara jenayah dan sivil. Perkara jenayah adalah melibatkan kanun keseksaan, manakala perkara sivil pula berkaitan dengan saman dan biasanya memerlukan afidavit.

Selain itu, Badan Kehakiman mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Badan Kehakiman boleh juga menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Pemerintah dan Badan Perundangan. Mahkamah yang mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Bagi sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-undang, hanya Badan Kehakiman yang mempunyai kuasa mengisytiharkannya. Mahkamah tiada kuasa meminda undang-undang, kerana perkara tersebut merupakan kuasa Badan Perundangan (Parlimen).

Dengan kata lain, Badan Kehakiman bertindak sebagai satu intitusi yang menjaga keluhuran Perlembagaan dan memelihara keseimbangan kuasa antara Badan Pemerintah dan Badan Perundangan. Peranan kedua bagi Badan Kehakiman adalah menjaga keadilan. Hukuman dan keadilan yang diputuskan oleh Badan Kehakiman tidak mengira atau dipengaruhi oleh status, darjat, bangsa, agama atau keturunan seseorang. Hakim yang dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri tidak dibenarkan bergiat dalam politik.

Hakim

Yang Di-pertuan Agong yang melantik Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri serta selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Semua urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang Di-pertuan Agong. Hakim-hakim akan memegang jawatannya sehingga mencapai umur persaraan 65 tahun, tempoh ini boleh dilanjutkan, tetapi tidak boleh melebihi 6 bulan. Seseorang hakim boleh meletakkan jawatan secara sukarela. Seseorang hakim akan dilucutkan jawatan atas sebab-sebab berikut:

a)      Melanggar Kod Etika Hakim, 1994
b)      Berkelakuan tidak baik dan tidak berupaya
c)      Atas alasan kelemahan tubuh badan atau otak
d)     Apa-apa sebab lain yang menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas-tugas dengan sempurna
Seseorang Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya beliau
dijamin dilindungi daripada pengaruh politik.

Hieraki Mahkamah-mahkamah

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah, seperti Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Agong. Terdapat dua buah Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia ,dan Sabah dan Sarawak. Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung Malaysia, manakala Mahkamah Adat/Negeri bagi Sabah dan Sarawak. Hanya Mahkamah Juvana boleh membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.

Bibliografi

Abdul Aziz Bari (2002). Majlis Raja-raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Sanusi Ahmad (1987). Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Penerangan Malaysia (2011). Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi Tahunan. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Kassim Tukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.



Tengku Anuar Tengku (1997). Asas-asas Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: al-Azim Sdn. Bhd.

KESIMPULAN

Pengamalkan sistem demokrasi berparlimen susungguhnya mendatangkan bayak kebaikan kepada rakyat.Melalui demokrasi berparlimen,wujudnya seorang raja,manakala kerajaan dipilih oleh rakyat.




No comments:

Post a Comment